Sejarah & Pencapaian LAWAK KAMPUS



Tentang LAWAK KAMPUS

Komik 4-panel karya artis komik Malaysia iaitu Keith telah dihasilkan sejak tahun 2003. Komik ini tersedia dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris. LAWAK KAMPUS mengisahkan cerita kehidupan seharian yang lucu dan gila-gila. Watak utamanya adalah Vanness si pengacau, Aditas si nakal, Bepop yang selalu ada masalah, Si Kosong yang tidak pernah bertuah dalam ujian dan Froggy, karakter paling normal namun sukar difahami.


Pencapaian

  • 2003: Mula membuat kemunculan dalam majalah GEMPAK™ dan Comic King™.
  • 2004: Komik LAWAK KAMPUS diterbitkan dalam versi bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
  • 2010: Komik LAWAK KAMPUS diterbitkan dalam versi warna penuh.
  • 2011: Menang Best Four-Panel Comic Strip Award di 2nd Malaysian Mandarin Comic Society’s Comic Competition
  • 2013: LAWAK KAMPUS menyambut ulang tahun ke-10.
  • 2018: LAWAK KAMPUS menyambut ulang tahun ke-15 dan berkolaborasi dengan BoBoiBoy dalam penghasilan komik ‘BoBoiBoy Galaxy X LAWAK KAMPUS: Superior’.

Tentang artis komik, Keith

Selepas tamat belajar rekaan grafik di In-House Multimedia College pada 1994, Keith melanjutkan pelajaran dalam animasi 2D di Limkokwing University of Creative Technology. Kemudian belajar animasi 3D di Sheridan College, Kanada. Menyertai KGS pada 2003 sebagai pembantu artis komik, Keith menjadi artis komik sepenuh masa pada tahun berikutnya. Meraih populariti dengan komik 4-panelnya, LAWAK KAMPUS yang sekali gus mengangkat namanya bukan sahaja secara lokal, malah di China, di mana ia turut diterbitkan dalam majalah mingguan ‘Comic World’.

Ulang Tahun LAWAK KAMPUS ke-10

  • Pameran diadakan di Balai Seni Negara.
  • Menerbitkan ‘ENCORE!’, sebuah buku seni istimewa LAWAK KAMPUS.
  • Menerbitkan komik ‘LAWAK KAMPUS: FRIENDS EDITION’.
  • Melancarkan barangan edisi terhad LAWAK KAMPUS; botol air, buku warna, buku nota, cawan dan pelapik cawan.

Ulang tahun LAWAK KAMPUS ke-15

  • Pameran diadakan di Balai Seni Negara.
  • Menerbitkan ‘Lawak Kampus ARTBOOK: EUPHORIA’.
  • Menerbitkan komik istimewa ‘LAWAK KAMPUS 365’.

NFT LAWAK KAMPUS